Sebuah buku yang membicarakan tentang AURA secara ilmiah

"Aura Personaliti Warna"

Kita sering terpukau dengan keindahan pelangi. Kita juga sering terpukau dengan indahnya alam ini. Birunya langit menenangkan jiwa kita. Hijaunya pohon menyegarkan perasaan kita. Itulah warna. Ia bukan sekadar menyerikan, ia juga memberi kesan kepada psikologi manusia.

Namun, mampukah warna menghuraikan tentang personaliti manusia?

Mampukah warna menjelaskan kecenderungan kita? Persoalan inilah yang dijawab di dalam Aura Personaliti Warna.

Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik. Ia dikenali sebagai aura. Aura personaliti warna menghuraikan tentang personaliti individu berdasarkan warna aura mereka. Melaluinya, kita dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara diri sendiri dengan orang lain. Melaluinya juga kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan, dan kelemahan diri. Semua maklumat itu dapat membantu kita dalam menulis skrip hidup bagi mencapai kecemerlangan peribadi.

Marilah menerokai keunikan personaliti diri kita melalui

Aura Personaliti Warna.

Tentu Anda Ingin TAHU!!!

1. Benarkah setiap orang mempunyai aura tersendiri? Apakah warna aura saya

2. Benarkah warna aura diri mempunyai kaitan rapat dengan personaliti diri?

3. Adakah warna personaliti itu kekal dan tidap dapat diubah-ubah?

4. Bagaimanakah cara memanfaatkan maklumat mengenai aura diri dalam membentuk personaliti diri yang baik?

 

Siapakah yang harus memiliki buku ini?

1. Ahli perniagaan - gabungan teknik warna dalam menghiasi poster pengiklanan dan premis

2. Pasangan kekasih - dapat mengenali keperibadian pasangan anda dengan lebih dekat

3. Pereka Dalaman (interior design) - mengetahui cara menggabungkan warna dengan lebih baik

4. Juruterapi - membantu untuk memudahkan rawatan

5. Chef - masakan anda akan ada nilai terapi

 

Siapakah pengarang buku ini?

Master Mir Hazil Azran Ramli adalah Konsultan dan Pengamal di Pusat Rawatan Reiki, Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd. Beliau adalah pengasas kepada Siri Produk Kesihatan Bio-Energi '7Chakra' dan '7Chakra Busana Muslim'. Beliau juga Pengamal Alternatif pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat diagnosis kesihatan aura melalui Kamera 'Aura Video Station' (AVS). Dengan latar belakang pendidikan dalam ilmu Sains Bio-Energi Manusia, sesi foto aura yang dikendalikan oleh Master Mir Hazil merupakan sebuah sesi diagnosis yang ilmiah. Beliau aktif melibatkan dirinya dalam mendedahkan ilmu aura dan Reiki kepada umum. Beliau menerima banyak undangan bagi membicarakan dan memperjelaskan perihal aura secara ilmiah dalam banyak majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Puspanita, Usahanita, Felda, Insken, Jabatan-jabatan swasta dan syarikat-syarikat persendirian.

Apa kata mereka yang telah membaca buku ini?

Alhamdulillah, buku Aura Personaliti Warna ini akan membuka minda dan persepsi komuniti ahli perniagaan atau korporat dengan lebih jelas di mana pemahaman personaliti warna dapat membantu secara positif dalam dunia perniagaan atau korporat. Dalam perniagaan jualan kereta Perodua saya, pemahaman warna hijau dan merah sebagai warna logo korporat penting bagi saya kerana ia memberi sesuatu impak yang positif serta membina dalam mempengaruhi situasi perniagaan harian jualan kereta Perodua. Saya mengesyorkan ahli perniagaan serta korporat dapat mengaplikasikan pemahaman warna-warna sebagai salah satu panduan bagi mengharmonikan serta memajukan situasi sesuatu perniagaan.

JEHANSHAH TAN SRI DATO' HANAFIAH

Pengedar Sah Kereta Perodua, Bangsar.

Warna adalah penting kepada manusia kerana ia membolehkan kita mengenalpasti dan membezakan sesuatu subjek; begitu juga kepentingannya. Manusia juga mempunyai warnanya yang tersendiri yang akan membentuk pola personaliti, sikap, cara fikir, kesihatan dan kecenderungannya. Mengenal warna diri penting bagi membolehkan kita mengenali potensi dan kelemahan sistem tenaga diri sendiri. Buku 'Aura Personaliti Warna' ini berguna sebagai panduan dan kehadirannya dapat mewarnai lagi kehidupan kita.

DR K DEVI

Acupunture Chapter Leader - MSCT

Julung kalinya buku berkaitan ilmu warna & aura dalam bahasa melayu terbitan tanah air muncul di pasaran. Penulisan buku ini mudah difahami, topik disusun secara sistematik dan dipadatkan dengan maklumat-maklumat saintifik. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang baru sahaja mengenali sains Warna dan Aura, dan juga bagi mereka yang sedang berusaha menerokai bidang ini. Banyak soalan ataupun keraguan pada ilmu warna & aura terjawab selepas membaca buku ini. Master Mir Hazil adalah salah seorang pelopor dalam bidang terapi komplementari tanah air yang terkemuka. Maka adalah satu kebanggaan bagi pembaca mendalami ilmu-ilmu ini daripada pengalaman beliau melalui buku ini. Syabas.

DR SIM SZE KIAT

Medical Lecturer, Universiti Malaysia Sarawak

Alhamdulillah, satu lagi hasil penulisan yang berharga mengenai warna dan aura dizahirkan Allah melalui buah tangan Mir Hazil Azran Ramli. Warna itu sendiri adalah makhluk daripada makhluk ciptaan Allah. Sesungguhnya Allah mengatakan seluruh makhluk itu diciptakan dengan sifat sedia di'taskhir'kan bagi manfaat khalifahNya, iaitu manusia (Q31:20). Buku ini pada hemat saya, sangat berjaya dalam usahanya menyingkap serba sedikit hikmat warna sebagai 'ayat' daripada 'ayat-ayat' Allah!

AL-FAQIR MOHD GUNAWAN CHE AB AZIZ

Pengasas Bidang Tafakkur Zihni. Penulis buku Masjid Itu Hidupku

Peluang kerjaya saya semakin cerah dan tahap keyakinan diri semakin tinggi selepas saya mengetahui ilmu Aura Personaliti Warna sejak dua tahun yang lalu dari Master Hazil Azran. Malah, bersesuaian dengan kerjaya saya sebagai seorang chef, pengetahuan mengenai warna turut saya aplikasikan dalam menu sajian yang saya sediakan. Pengetahuan mengenai setiap sumber makanan dengan kumpulan warna yang tertentu dapat membantu seseorang meningkatkan lagi tahap tenaga dan kesihatannya. Saya dan Master Mir Hazil membuktikan peranan warna dalam pemakanan ini dalam rancangan Aura Rasa yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2007. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam pelbagai wadah aplikasi.

CHEF HARUN

Chef Selebriti AURA RASA & Majalah SAJI

Kata Pengantar Buku

Eric Leong

Pakar Dekorasi Dalaman Dan Warna

Ramai orang tidak tahu, warna memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Warna adalah sumber kebahagiaan. Warna adalah sumber keindahan. Warna juga adalah cerminan personaliti individu. Melalui warna pakaian yang dipakai, dekorasi dan warna kediaman yang diduduki serta warna yang menjadi kesukaannya, kita dapat mengetahui personaliti individu itu. Pada hemat saya, kehadiran buku Aura Personaliti Warna di pasaran membuka peluang kepada ramai orang untuk mengenali lebih jauh, apa yang disebut sebagai warna. Saya percaya, penulis yang berpengalaman luas dalam bidang aura dan warna ini dapat menjelaskan mengenai segenap aspek berkaitan warna dengan baik khususnya kaitan warna dan personaliti. Justeru, saya mengesyorkan supaya buku ini dijadikan sebagai salah satu buku bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui mengenai warna. Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada Mir Hazil Azran Ramli kerana dapat menghasilkan karya ini. Semoga ia dapat membantu ramai orang dalam menerokai lebih jauh dunia penuhy keindahan iaitu warna.

Rancangan Aura Rasa TV1 : Norish Karman

Dapatkan buku "Aura Personaliti Warna" hari ini pada harga...


RM19.50

Klik disini untuk membeli buku secara online

*Penghantaran (melalui pos) dilakukan dalam masa selewat-lewatnya 3 hari (hari bekerja) selepas pengesahan pesanan

Sebarang pertanyaan sila mailkan kepada khairul@yakinhalal.com